Moscow: Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata Vladimir Putin terus berhubung dengan pemimpin serantau dalam usaha meredakan konflik melibatkan Iran.
Menurutnya, Rusia bersedia memainkan peranan jika diperlukan bagi membantu memastikan situasi ketenteraan beralih kepada penyelesaian aman secepat mungkin.
“Presiden sedang meneruskan hubungan ini, dan jika perkhidmatan kami diperlukan, kami bersedia untuk menyumbang ke arah memastikan keadaan beralih kepada jalan damai,” katanya kepada media.
Kenyataan itu mencerminkan kesediaan Moscow untuk terlibat secara diplomatik dalam meredakan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Timur Tengah.



