MOSTI bina stesen pengisian semula hidrogen mudah alih tahun ini

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kekal komited untuk menjadikan Malaysia di kalangan negara ekonomi terkemuka dunia melalui pemacuan teknologi dan mencapai sasaran penyahkarbonan global menjelang tahun 2050.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MOSTI, dokumen kerjasama projek Mobile Hydrogen Refueling Station (MHRS) di antara rakan industri tempatan dengan sokongan MOSTI sempena World Renewable Energy Congress (WREC) telah dimeterai pada Julai lepas.

Susulan itu, MOSTI telah mengorak langkah awalan melalui kerjasama dengan UMW Toyota Motor Sdn Bhd dalam mengetengahkan potensi mobiliti hidrogen, khususnya di Semenanjung Malaysia.

Menterinya , Chang Lih Kang berkata, MHRS dijadualkan akan beroperasi sebelum akhir tahun ini, sejajar dengan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) dalam usaha memacu teknologi ke arah transisi tenaga lebih bersih berasaskan hidrogen.

Ini memberi pendedahan awal kepada para pemegang taruh, terutamanya dalam ekosistem teknologi peralihan tenaga dan hidrogen serta masyarakat berkenaan mobiliti hidrogen melalui penggunaan Unit Pengisian Semula Hidrogen Mudah Alih (MHRU).

Katanya, MHRU merupakan teknologi pengisian semula hidrogen ke dalam kenderaan dengan hidrogen menggantikan bahan api fosil, bersifat mudah-alih dan membolehkannya dipindahkan ke lokasi yang berbeza mengikut keperluan semasa.

Menurutnya, kenderaan yang digunakan ialah Toyota Mirai jenis elektrik sel bahan api (Fuel Cell Electric Vehicle – FCEV) yang menjana elektrik menggunakan hidrogen untuk pemacuan kenderaan dengan air sebagai hasil sampingan tanpa sebarang pelepasan karbon.

Menurutnya lagi, Mirai adalah perkataan Jepun, bermaksud ‘masa depan’ dan Toyota Mirai generasi kedua ini mempamerkan inisiatif konsisten pihak syarikat dalam memacu teknologi FCEV untuk mencapai sasaran penyahkarbonan mobiliti.

Ujarnya, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani, pelaksanaan MHRU dan MHRS merupakan pelan tindakan melalui HETR untuk pembangunan kapasiti dan pelaburan modal insan di sepanjang rantaian nilai ekonomi hidrogen, khususnya mobilit rendah karbon.

“Usaha ini, selaras dengan sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (DTN) dan aspirasi Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB),” katanya lagi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan sesi demonstrasi penggunaan MHRU dan kenderaan Toyota Mirai di sini pada Isnin. -Suara.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat