Tuduh Dr M Rasuah Empat Hakim, Pejuang Buat Laporan Polis

- Advertisement -

SHAH ALAM: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membuat satu laporan polis berkaitan tuduhan fitnah sebuah akaun Facebook yang mendakwa Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan rasuah terhadap empat orang hakim di dalam negara.

Setiausaha Peguam Pejuang, Akif Rusli berkata, tuduhan itu dilakukan pada 27 Mac lalu menerusi ruangan komen dalam satu hantaran di Facebook itu baru-baru ini.

“Dia menuduh seolah-olah Tun (Dr Mahathir) memberi rasuah kepada empat orang hakim ini. Jadi ini satu tuduhan yang sangat serius dan perlu diambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama ialah wakil daripada Pejuang Shah Alam dan Pejuang Muda.

Mengulas lanjut, Akif yang juga Ketua Penerangan Pejuang Muda yakin komen tersebut mempunyai unsur kecenderungan menghasut rakyat bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan.

Jelas beliau, laporan polis itu juga dibuat bukan disebabkan unsur politik tetapi sebaliknya kerana ia dilihat telah mencalarkan integriti sistem perundangan di Malaysia.

Akif turut memaklumkan bahawa beliau percaya empat hakim yang didakwa dalam komen tersebut adalah merujuk kepada empat hakim yang terlibat memberi keputusan dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

-SINAR HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat