Tarekat Naqsyabandiah Bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah – JAKIM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tarekat Naqsyabandiah Al-Alivyahsyemh Nazi Alhaqqani disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jakim menerusi kenyataan akhbar berkata, tarekat itu didapati menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majiis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-48 pada 3 April 2000.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-86 pada 2009 juga mengekalkan keputusan tersebut selain menghendaki pengamal ajaran tersebut segera bertaubat.

“Muzakarah MKI kali ke-116 pada 2019 sekali lagi membincangkan kertas kajian semula mengenai kedudukan itu dan bersetuju mengekalkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-48 tahun 2000.

“Merujuk kepada pandangan Jawatankuasa Muzakarah MK kali ke-117 pada tahun 2020, Muzakarah tidak membuat sebarang keputusan untuk meminda atau membatalkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-48 tahun 2000,” jelas kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan, pengikut tarekat itu di Sumatera dan Tarekat Syattariyah di Aceh sudah mula melaksanakan ibadah puasa Ramadan bermula semalam.

Jemaah Naqsabandiyah sudah melaksanakan ibadah puasa berpandukan kiraan Hisab Qamariyah dalam Kitab Munjid. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat