Saya Lebih Layak Jadi PM – Ku Li

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mahu menjadi Perdana Menterisebelum meninggal dunia.

Memetik laporan The Vibes, bekas Menteri Kewangan berusia 84 tahun itu menyatakan bahawa dirinya memiliki kriteria yang diperlukan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri walaupun sedar keinginannya itu tidak mendapat sokongan dari partinya, UMNO.

Namun, Tengku Razaleigh yakin beliau lebih layak berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengakui bahawa sentimen ini tidak didukung oleh partinya sendiri, Ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu mengatakan sokongan terhadap cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri mungkin hanya datang dari pihak pembangkang.

Mengemukakan tiga karektor calon Perdana Menteri, Tengku Razaleigh melabel Muhyidin sebagai “malas”, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang “tidak berkelayakan”; dan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya akan “mufliskan negara dalam tiga hari”.

Oleh itu, siapa yang harus menjadi Perdana Menteri?

“Saya lah!” katanya tanpa ragu-ragu.

“Tetapi saya tidak fikir saya akan menjadi (Perdana Menteri). Saya tidak tahu, saya sepertinya tidak mendapat sokongan parti. Saya mungkin mendapat sokongan ahli pembangkang, tetapi bukan UMNO,” ujar Tengku Razaleigh.

Mengulas berkenaan Muhyiddin dan pimpinan tertinggi yang lain, Tengku Razaleigh mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kualiti untuk memimpin pentadbiran.

Beliau yang mesra disapa sebagai Ku Li menyatakan kritikan paling keras kepada Azmin.

Ku Li melabel Azmin sebagai “tidak memenuhi syarat dan tidak layak” bahkan tidak layak diberi jawatan menteri.

Dalam pada itu, beliau mengakui terkejut apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Azmin sebagai menteri yang menguruskan ekonomi ketika Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk kuasa Putrajaya pada tahun 2018.

“Tengoklah Azmin itu, dia tidak uruskan apa-apa, termasuk hari ini di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Miti). Saya tidak fikir dia mempunyai kemampuan menjalankan fungsi kementerian. Dia hanya diberi jawatan dalam Miti kerana penglibatannya dalam menjatuhkan PH (Langkah Sheraton tahun lalu).

“Tidak adil bagi dia tanggungjawab, kerana kita berbicara soal negara. Tidak boleh membiarkan Azmin mengendalikan perdagangan meskipun sedar dia tidak berkemampuan untuk melakukannya. Bolehkah Azmin menangani krisis sekiranya ia berlaku?

Menyentuh watak kepimpinan Muhyiddin, Ku Li mengatakan Presiden Bersatu itu “malas”, dan “kekurangan inovasi” dan idea.

Beliau memberi penilaian terhadap Muhyiddin berdasarkan pengalamannya bekerja dengan Muhyiddin di Kementerian Perdagangan dan Industri pada tahun 1984 hingga 1986.

“Dia adalah timbalan saya. Dia tidak tahu (apa yang harus dilakukan). Datuk Seri Najib Razak, yang pernah bertugas sebagai timbalan saya di Petronas sebelum ini, jauh lebih baik dari segi itu. Di antara keduanya, saya akan memilih Najib bila-bila masa.

“Najib mempunyai inisiatif, dan kreatif. Muhyiddin sangat santai dalam pelbagai perkara. Oleh itu, ketika dia dilantik oleh Agong untuk menjadi Perdana Menteri, saya sangat kecewa. Dia bukan lelaki yang tepat untuk negara ini,” tegas Tengku Razaleigh.

Manakala menyebut mengenai Anwar pula, Tengku Razaleigh mengatakan “dia akan mufliskan negara dalam tiga hari!

Ku Li menyebut sewaktu Anwar menjadi Menteri Pendidikan dari tahun 1986 hingga 1991, beliau mengatakan bahawa Anwar telah meninggalkan tanda buruk dalam sistem pendidikan negara ketika dia “religiousised” dengan mengorbankan multikulturalisme.

“Ini bukan untuk masyarakat kita. Sebenarnya, apa yang kita ada hari ini juga harus diubah. Saya menyokong Dr Mahathir yang menyatakan bahawa mesti ada pilihan dalam bahasa dan medium penyampai yang digunakan di sekolah.

“Sekiranya pelajar ingin belajar matematik dalam bahasa Cina atau Inggeris, buatlah begitu, asalkan lulus bahasa kebangsaan,” katanya mengenai Anwar, yang pada masa ini, adalah penyokong semangat pelbagai budaya.

Sementara itu, Ku Li menegaskan bahawa pimpinan muda masih belum bersedia untuk diberi tanggungjawab mengemudi negara.

Kata beliau, pemimpin muda tidak dapat menangani tekanan seperti yang dikendali oleh pimpinan veteran.

“Secara jujur, saya rasa mereka tidak bersedia,” ujar Ku Li. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat