PROTON catat jualan tertinggi dalam 90 bulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd meneruskan kecemerlangan apabila jualan pada Mac 2021 mencatatkan prestasi bulanan terbaik sejak September 2013.

Sebanyak 14,989 unit kenderaan merangkumi pasaran tempatan dan eksport dijual pada bulan lalu, meningkat 26.2 peratus berbanding Februari dengan penguasaan pasaran dianggarkan mencecah 23.5 peratus.

Secara keseluruhan, ini membolehkan PROTON mengekalkan kedudukan kedua dari segi kedudukan penjualan.

Untuk suku pertama tahun ini, syarikat mencatatkan jumlah jualan terkumpul sebanyak 32,826 unit dan angka tertinggi dalam

Penjualan kenderaan utiliti sukan (SUV) terus meningkat sementara model lain mencapai angka terbaik untuk 2021

Penghantaran untuk dua model SUV keluaran PROTON terus bertambah pada Mac selepas barisan pengeluaran baharu di Tanjung Malim meningkatkan pengeluarannya untuk bulan berkenaan.

Ini menyaksikan sebanyak 3,513 unit Proton X50 dihantar kepada

pelanggan sementara Proton X70 menunjukkan kenaikan dari bulan ke bulan sebanyak 58.4 peratus kepada 2,337 unit.

Jika digabungkan, ini bermakna PROTON mencatatkan rekod dalaman baharu dengan 5,850 unit SUV dihantar, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 4,820 unit pada bulan terdahulu.

Proton Saga kekal sebagai model paling laris syarikat, yang mana sebanyak 5,589 unit sudah dihantar, menyaksikan penjualan

untuk sedan segmen-A itu meningkat sebanyak 32.5 peratus berbanding Februari.

Proton Persona, Iriz dan Exora masing-masing mencatatkan angka terbaik untuk tahun ini dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C itu sekali lagi menduduki tempat pertama bagi segmennya.

Ketua Pengawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata selepas permulaan yang agak lemah untuk tahun ini, industri automotif Malaysia akhirnya mencapai kemajuan pada 2021.

Beliau berkata, PROTON menganggarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) melebihi 63,000 unit, menunjukkan semua jenama akan mencatatkan jumlah terbaik mereka untuk tahun ini.

“Bagi PROTON, bulan Mac adalah bulan penjualan yang sangat baik kerana kami mencapai angka tertinggi bagi tempoh 90 bulan, tetapi merasakan pencapaian ini berkurangan kerana ia boleh dipertingkatkan sekiranya dapat menghasilkan lebih banyak unit.

“Buat masa ini, kami masih memiliki banyak pesanan untuk dipenuhi, PROTON akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dalam beberapa bulan ini, di samping mengekalkan fokus kami menyampaikan produk yang berkualiti tinggi.

“Kami juga sedar bahawa insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan berakhir pada hujung Jun, jadi PROTON berhasrat untuk memastikan sebanyak mungkin pelanggan dapat menikmati cuti cukai yang diberikan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat