Malaysia-China Perkukuh Kerjasama, Tubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi – Hishammuddin

- Advertisement -

CHINA: Malaysia dan China akan memperkukuhkan kerjasama dengan menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Menteri Luar China, TYT Wang Yi.

Menurut Hishammuddin, Malaysia dan China amat bangga untuk mengumumkan hubungan yang kembali pulihdan semakin akrab dalam setahun ini, kedua-dua negara bersetuju untuk membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi akan membawa kepada pengukuhan kerjasama dalam pelbagai bidang terutama di era pasca Covid-19.

Kata Hishammuddin yang dalam rangka lawatan rasmi ke China lagi, MOU telah ditandatangani di Fujian, China, pada hari ini.

“Kami telah menandatangani Memorendum Persefahaman (MOU) di Fujian, China hari ii sekaligus memulakan pengukuhan kerjasama Malaysia-China dalam pelbagai bidang di era pasca pandemik Covid-19,

“Pembentukan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi memperkukuh kerjasama terutama di era pasca Covid-19, saling iktiraf sijil vaksinasi digital atau sijil kesihatan COVID-19 bagi memudahkan pergerakan rentas sempadan antara Malaysia-China apabila situasi mengizinkan, sedia memuktamadkan SOP bagi melaksanakan Laluan Hijau Timbal Balik antara Malaysia-China,

“Meningkatkan kerjasama vaksin termasuk mempertimbangkan penambahan jumlah vaksin buatan China ke Malaysia, Pembukaan segmen Minyak Sawit Merah (RPO) di pasaran China, Perkukuh usahasama dalam bidang pelaburan dan perniagaan termasuk sektor automotif, bersama memanfaatkan One Stop Centre yang telah dilancarkan Malaysia bertujuan memudahcara urusan pelancong perniagaan jangka pendek termasuk dari China, dan lawatan Timbal Balik Pemimpin Tertinggi kedua-dua negara ke Malaysia dan China dalam masa terdekat.

“Saya dan TYT Wang Yi akan berganding bahu demi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ujar Hishammuddin di Facebooknya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat