Demo Bersih 6 turun ke jalan raya tuntut Undi18

KUALA LUMPUR – Turun ke jalan raya melalui platform ‘Bersih 6’ adalah pilihan Pakatan Harapan (PH) sekiranya kerajaan terus menafikan hak Undi18.

Ketua Pemuda PH, Shazni Munir Ithnin menegaskan jika Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berdegil menghalang pelaksanaan Undi18 ia sekali gus menuntut rakyat turun ke jalan raya.

“Gerakan untuk merangkul semua gerakan sivil dan pemegang taruh harus digerakkan sekarang.

“Jika akhirnya pilihan yang ada hanyalah ‘Bersih 6’, dengan kepatuhan SOP yang ketat – kita yakin ribuan rakyat Malaysia akan kembali ke jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shazni Munir yang juga Ketua Pemuda Amanah merakam ucapan tahniah kepada 18 orang anak muda yang berani memfailkan semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia susulan penangguhan pelaksanaan #Undi18 yang diumumkan sebelum ini.

“Mereka yang mewakili Gerakan Undi 18 telah menuntut dua deklarasi deklarasi iaitu tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan penurunan umur pengundi daripada 21 ke 18 adalah tidak sah serta pengundi berumur 18 ke 20 tahun berhak mengundi menjelang Julai 2021.

“Dengan gerak kerja yang terpaksa dilakukan kumpulan anak muda ini semata-mata menuntut kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disokong PAS dan UMNO bertanggungjawab untuk memberikan hak yang dirampas daripada mereka,” tegasnya.

Katanya tindakan ini jelas memberikan gambaran bahawa kerajaan hari ini sedang memperlekehkan kematangan dan kewibawaan yang dimiliki oleh anak muda.

“Akal budi mereka telah bonsai akibat kecanduan kuasa dan kemabukan untuk mengekalkan kuasa.

“Lantas kita hari ini di persimpangan; mahu melawan pandemik dengan SOP dia darjat yang terus merundung malang sebahagian besar rakyat atau berjuang semahunya membela hak demokrasi yang dirampas?

“Jawapan saya, kita harus bersatu dan gerak bersama-sama. Punca kedua-duanya ini adalah sebuah kerajaan PN dan mementingkan diri,” ujar beliau.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...