Individu terima dua dos vaksin mungkin dibenar rentas negeri, ke luar negara – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mungkin dibenar untuk merentas negeri malah mereka juga mungkin boleh ke luar negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik Bernama, Perdana Menteri berkata keputusan mengenai perkara itu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu, katanya kerajaan juga memulakan rundingan dan perbincangan dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat Malaysia yang telah divaksin untuk ke negara berkenaan.

“Saya akan bincang dalam mesyuarat MKN, kita akan membincangkan bahawa siapa yang sudah mendapat dua suntikan vaksin mereka akan boleh rentas negeri dan ke mana-mana dengan tidak dihalang oleh pihak berkuasa.

“Ini suatu (yang boleh) menggalakkan orang ramai (divaksinasi). Bukan sahaja dalam negara, kita sudah memulakan rundingan dengan beberapa negara untuk membolehkan warga kita yang sudah disuntik dua kali dan akan ada satu sijil supaya mereka boleh bergerak,” katanya di Kuching, semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat