Dua Guru Di Britain Digantung Tugas Berkaitan Isu Karikatur Nabi Muhammad

- Advertisement -

LONDON – Dua lagi guru digantung berhubung isu menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW ketika kelas pengajian agama di sebuah sekolah di Britain, lapor Daily Mail semalam.

Ini menjadikan tiga guru di Batley Grammar School di West Yorkshire kini digantung sementara menunggu siasatan.

Guru pertama yang tidak disebutkan namanya digantung selepas ibu bapa melakukan tunjuk perasaan di luar sekolah selepas mendapati karikatur yang dibuat oleh majalah satira Perancis Charlie Hebdo, ditunjukkan dalam kelas pelajaran agama.

Adalah dilarang dalam Islam untuk menggambarkan Nabi Muhammad SAW, juga tokoh yang amat dihormati dalam kalangan umat Islam.

Sumber berkata dua guru lain juga sedang disiasat, tetapi sekolah berusaha merahsiakannya kerana mereka tidak mahu isu dua lagi guru disiasat itu terbongkar.

“Mereka tidak berada di kelas pada waktu itu, tetapi mengetahui bahawa bahan yang menyinggung itu akan digunakan, ” kata sumber itu.

Batley Multi Academy Trust, yang bertanggungjawab mentadbir sekolah, Rabu lalu mengumumkan bahawa mulai 12 April, ia akan menjalankan siasatan bebas terhadap penggunaan bahan ‘menyinggung’ itu.

Guru Besar sekolah itu, Gary Kibble meminta maaf kepada masyarakat Islam setempat, dengan mengatakan bahawa penggunaan karikatur itu sama sekali tidak sesuai dan mengesahkan guru melakukannya digantung. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat