1,294 Kes Baru Covid-19 Direkodkan, Lima Kematian Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes COVID-19 dalam negara terus mencatatkan peningkatan dengan 1,294 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini hari keempat berturut-turut Malaysia mengesahkan kes empat angka, yang menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini sebanyak 347,972 kes.

Kes harian di Selangor masih lagi merekodkan jumlah tertinggi dengan 455 kes baharu, diikuti Sarawak, (217), Pulau Pinang (139) dan Johor (103).

Sementara itu, kes sembuh hari ini melebihi angka jangkitan baharu iaitu sebanyak 1,442 kes dilaporkan pulih dan menjadikan pertambahan kepada 332,443 kes.

Kini, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 14,246 yang mana 168 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 78 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat lima lagi kematian melibatkan negeri Sarawak, Sabah, Johor dan Pulau Pinang sekali gus menjadikan ia bertambah kepada 1,283 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat