Majlis Syura Akan Teliti Perkembangan Semasa Hubungan PAS, UMNO – Hashim Jasin

- Advertisement -

KANGAR – PAS akan membawa ke Majlis Syura Ulama parti itu jika perlu bagi meneliti keperluan dan perkembangan semasa hubungannya dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan atau pendirian berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.

“Apa pun kita seboleh-bolehnya mahu hubungan (dengan UMNO) tetap diteruskan menerusi MN dan kita akan terus cuba untuk memujuk UMNO bersama-sama dalam semangat penyatuan ummah ini serta jika perlu akan dibawa ke Majlis Syura Ulama PAS bagi mengkaji hubungan ini.

“Kita percaya mungkin sekarang tengah keruh, namun tidak lama lagi akan kembali jernih dan kita tunggu serta lihat bagaimana perkembangan dan keperluannya nanti,” katanya.

Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebooknya seakan memberi bayangan PAS akan meninggalkan MN yang didakwa sudah menyeleweng daripada matlamat asas dan meminta semua pihak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, semua kumpulan Islam mesti menyertai pakatan baharu iaitu PN yang disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jika mahu menyelamatkan negara.

Katanya, mereka juga akan bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.

Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, UMNO sepakat menetapkan pendirian memutuskan kerjasama dengan BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat