Nazri yakin akar umbi PAS sayangkan UMNO berbanding Bersatu, anggap pelawaan Abdul Hadi muslihat politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Nazri Aziz menganggap pelawaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya kumpulan Islam menyertai Perikatan Nasional (PN) sekadar sebagai ‘muslihat politik’.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Abdul Hadi yang dilihat menolak Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO apabila mengajak semua kumpulan Islam untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu.

Jelas Nazri kenyataan Presiden PAS itu tidak mencerminkan hakikat di lapangan, yang mana hubungan akar umbi UMNO dan PAS masih kuat dan baik.

“Itu pendirian parti dia tetapi bagi saya sebagai Ahli Parlimen UMNO, kami sedang bekerjasama dengan rakan PAS.

“Saya sudah dalam politik lebih kurang 40 tahun. Saya tahu apa yang dimaksudkan dengan semua ini, (kenyataan Abdul Hadi) ini muslihat saja,” katanya memetik FMT.

Meyakini MN akan bertahan walau dalam menghadapi PRU-15, Nazri percaya akar umbi PAS tidak sehaluan dengan pemimpin mereka.

“Ada juga beberapa pemimpin PAS yang merupakan Ahli Parlimen bersimpati terhadap kami. Jadi saya tidak bimbang dengan kenyataan Abdul Hadi,” katanya.

Beliau mengingatkan Bersatu hanya bergantung kepada akar umbi PAS kerana parti itu sendiri tidak mempunyai sokongan secukupnya.

Nazri juga berkata perbalahan UMNO adalah hanya dengan Bersatu, dan menegaskan UMNO tidak boleh membenarkan Bersatu mengambil kerusi yang dimenangi oleh pemimpin UMNO yang kemudiannya melompat parti.

“Sudah tentu, PAS tak ada masalah dengan mereka. ‘Parti bunga’ (Bersatu) tak curi Ahli Parlimen mereka, tetapi kita ada masalah dengan ‘parti bunga’,” katanya.

Walaupun UMNO menolak undangan menyertai PN, tidak bermakna ia tidak mahu berkawan dengan PAS, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat