‘Buat Nonny, kita saling mengingati’

Kuala Lumpur: Sepanjang minggu ini, masih hangat diperkatakan mengenai perubahan drastik, pelakon Nonny Nadirah yang didakwa sudah tidak berhijab termasuk tampil seksi dan berani berkemban.

Rakan baiknya, penyanyi dan ahli perniagaan, Mila Jirin menjadi individu sangat terkesan dengan perubahan tidak dijangka yang dibuat Nonny menerusi perkongsian di media sosial.

Meski sedih, kecewa dan terkilan dengan tindakan Nonny itu, Mila dilihat tidak berputus asa memberi nasihat serta terus mendekati sahabatnya dengan menghubungi selalu biarpun Nonny kini berada di Sabah.

Katanya, Allah maha pengampun dan setiap yang berlaku ada hikmah yang tersurat. Apatah lagi, ujarnya bila orang kita kenal itu ditimpa ujian, kita bantu menulis sesuatu yang dapat kuatkan jiwanya agar jadi kuat dalam mencari jalan kembali ke landasan lurus.

“Semua kita pendosa. Hanya Allah tutup aib kita.Tiada sesiapa yang sempurna. Buat sahabatku (Nonny), insya Allah kita ingat-mengingati untuk kita sama mencari reda Allah.

“Allah sayang, sebab itu Allah hadirkan ramai orang yang pedulikan mu, sayang mu. Allah maha pengampun, Allah maha penyayang. Berbalik pada Allah, insya Allah semua baik-baik saja,” katanya.

Menurut Mila, sebagai manusia biasa senjata kita adalah doa dan jangan pernah putus berdoa.

Katanya lagi, melihat pada situasi Nonny itu dia pernah tidak mahu ambil peduli dan hendak membiarkannya begitu saja.

“Tapi, kalau sudah namanya kawan, memang tak boleh nak dibiarkan. Lebih-lebih lagi, bila tahu dia (kawan) itu di dalam kesusahan. Ditambah, apabila kita sayang kawan kita.

“Saya jadi lagi geram, bila ada orang kutuk-kutuk dan kecam. Mereka tak kenal pun dia (Nonny), itu bukan dia yang sanggup tampil berani sebegitu,” katanya.

Menurut Mila, dia sangat berharap Nonny dapat menjernihkan segera situasi yang berlaku. Katanya, Allah pun boleh memaafkan dosa-dosa hamba-Nya, inikan pula sesama manusia.

Katanya lagi, apa yang pernah dilakukannya dalam usaha mendapatkan rezeki melimpah ruah ialah dengan memberi kebahagiaan kepada ibu bapa. Ujarnya, nikmat itu sesuatu yang tak boleh dibeli.

Harian Metro

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Ejen Ali The Movie ke Brazil

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021,...

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan...

Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV). Ramlah berkata, dia bukan menolak...