- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meningkatkan kerjasama strategik dalam industri pertahanan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pertemuan beliau dengan rakan sejawat, Mohammed Ahmed Al Bowardi, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan, UAE.
Susulan itu, kedua-dua Menteri Pertahanan mengesahkan komitmen untuk meningkatkan kerjasama pertahanan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan industri pertahanan selain menekankan keperluan untuk memacu kerjasama industri pertahanan menerusi perkongsian pintar.
“Usaha sama dan gabungan perusahaan strategik melibatkan syarikat-syarikat pertahanan kedua-dua negara,” katanya.