Vaksin COVID-19: Antara Fakta Dan Mitos Yang Perlu Anda Tahu…

KUALA LUMPUR: Seperti sedia maklum, Malaysia telah pun menerima dua jenis vaksin COVID-19 iaitu Pfizer-BioNTech dan terbaru, Sinovac minggu lalu.

Kedua-dua vaksin itu tujuannya adalah untuk mengekang pandemik tersebut daripada terus menular di Malaysia dan ia dilaksanakan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai mitos mengenai vaksin tersebar dalam kalangan orang ramai khususnya di media sosial.

Sehubungan itu, Astro AWANI sempat menemu bual Exco Perancangan Strategik Kempen Vaksinasi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Amirul Amzar dalam ruangan IG Live baru-baru ini bagi menjawab beberapa persoalan;

Antaranya ialah…

1. Vaksin tidak halal?

Tidak perlu ada keraguan terhadap vaksin COVID-19 kerana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-10 memutuskan pengambilannya harus dan wajib diambil.

Memberi contoh, Dr Amirul menjelaskan keraguan terhadap penghasilan vaksin Sinovac mungkin timbul berikutan penggunaan virus yang dibesarkan dalam sel ginjal monyet hijau Afrika.

“Misalnya, sebelum nak matikan virus itu, mereka (saintis) kena ada virus itu sendiri dan ia dibesarkan dalam sel ginjal monyet hijau Afrika.

“Bagaimanapun kita (saintis) tidak ambil sel tersebut… sebaliknya cabut (ambil) daripada sel dan matikan virus seterusnya dijadikan sebagai vaksin,” katanya.

2. Penyakit sedia ada akan semakin parah akibat vaksin?

Tidak… sebaliknya vaksin hanya memberi imuniti. Kesan sampingan adalah sama dengan mereka yang tiada penyakit iaitu ruam, demam, sakit-sakit sendi tapi ia tidak berkekalan sebaliknya akan sembuh baik sendiri.

“Namun pesakit kanser dan SLE, buat masa ini tidak boleh menerima suntikan tersebut kerana badan penerima memerlukan imuniti kuat untuk hasilkan antibodi.

“Mereka (pesakit kanser dan SLE) akan dilindungi oleh masyarakat sekeliling yang mendapat vaksin (imuniti kelompok),” katanya.

3. Bilakah masa kita tidak lagi perlukan vaksin?

Kajian konklusif masih belum ada mengenai berapa lama tubuh manusia akan membina ketahanan terhadap COVID-19, namun vaksin perlu diberi kerana ia bukan untuk melindungi diri dalam tempoh panjang tapi untuk menghapuskan wabak.

“Vaksinasi secara beramai-ramai bertujuan memastikan virus itu tidak ada tempat untuk melompat daripada individu kepada individu (imuniti kelompok), jadi secara tidak langsung virus itu akan pupus”.

4. Vaksin dapat cegah 100 peratus daripada jangkitan COVID-19?

Dalam bidang perubatan, tiada ubat atau vaksin yang boleh memberi kesembuhan 100 peratus. Malah, demam pun ada yang tidak sembuh selepas seseorang mengambil ubat, memerlukan pesakit berjumpa doktor semula.

“Situasi sama berlaku dengan vaksin ini… keberkesanan Pfizer-BioNTech adalah 95 peratus iaitu kira-kira lima daripada 100 orang didapati tidak develop antibodi yang cukup untuk menangkis serangan virus ini.

“Bukan badan tak bina antibodi langsung tapi mungkin antibodi dia tak cukup… jadi dia mungkin dijangkiti tetapi risiko komplikasi atau kematian jauh lebih rendah. Jadi masih kena ambil vaksin”.

5. Kenapa dua jarum?

Guna jarum biru (jarum besar) ketika ambil vaksin dari botol seterusnya tukar pada jarum oren (jarum kecil) untuk suntik pada badan supaya kurang sakit.

“Kena guna jarum yang besar untuk tarik cecair vaksin sebab kalau guna jarum kecil susah nak tarik vaksin (dari botol) yang mempunyai teknologi vakum.

“Selain itu, ia bagi mengelakkan jangkitan silang daripada botol sebab satu botol vaksin itu ada enam dos untuk enam orang berbeza. Kalau tak tukar jarum akan menyebabkan jangkitan kuman”.

6. Pandangan terhadap golongan antivaksin…

“Antivaksin tak ramai, lebih kurang lima peratus sahaja tetapi suara mereka sangat lantang dan berpotensi menukar pandangan individu atas pagar untuk menolak vaksin. Ia tak sama dengan golongan menolak vaksin kerana ragu-ragu

“Kalau tak nak vaksin, itu pilihan anda. Ia bukan kewajipan tapi jangan sebarkan salah faham kerana ia boleh menyebabkan kegagalan program vaksinasi ini seterusnya berpotensi menyebabkan kematian… jadi nyawa orang yang meninggal itu jatuh pada tanggungjawab anda, di akhirat jawablah”.

7. Doktor-doktor terlibat dalam kospirasi dan teori vaksin?

“Kita sebagai masyarakat kena yakin dengan langkah kerajaan, tiada unsur konspirasi. Takkan tiada langsung doktor Islam di negara ini tidak takut dengan Allah atau tuhan untuk melibatkan diri dengan Dajjal”.

– Astro Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...