E-sukan Buat Penampilan Pada Sukan Asia Hangzhou 2022

KUALA LUMPUR: E-sukan akan membuat penampilan sulungnya sebagai sukan yang ditawarkan pingat secara rasmi pada Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China tahun hadapan, demikian menurut Majlis Olimpik Asia (OCA) hari ini.

Perkara itu diumumkan ketika majlis menandatangani perkongsian secara maya yang mana OCA dan Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) menjadi rakan kongsi tunggal dalam menganjurkan dan menguruskan program e-sukan pada temasya yang dijadualkan berlangsung pada 10 September 2022.

Ini bermakna AESF akan menganjurkan dan menguruskan pertandingan kelayakan serantau dan temasya itu sendiri di Hangzhou 2022, dengan sokongan dan kuasa penuh OCA. Persediaan ini, menurut OCA akan diteruskan pada Sukan Asia di masa hadapan.

Sebanyak enam pingat acara akan dipertandingkan di bawah program e-sukan di Hangzhou 2022 dan AESF akan memilih tajuk permainan dan menyerahkan senarai untuk kelulusan oleh OCA.

Selain itu, OCA dan AESF turut mengumumkan kempen ‘Road to Asian Games’ pada majlis itu antaranya, akan merangkumi aspek pendidikan, projek kelestarian dan legasi, pembangunan akar umbi, laluan kerjaya, sokongan kesihatan dan kesejahteraan serta inisiatif membantu komuniti dikenali sebagai ‘AESF Experience Programme’.

Presiden AESF, Kenneth Fok dipetik sebagai berkata Sukan Asia menampilkan platform terbaik untuknya berkongsi nilai Olimpik dengan komuniti e-sukan, dan ia akan berusaha untuk menjadikan komuniti e-sukan berkembang menerusi peluang ini.

“Kami mengalu-alukan kerjasama yang berjaya dengan OCA dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan untuk Sukan Asia Hongzhou ke-19 pada 2022,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pengarah OCA, Husain Al-Musallam berkata badan pengelola Sukan Asia akan memberikan sokongan penuh untuk menjayakan acara e-sukan pada temasya itu.

Pada Sukan Asia ke-18 di Indonesia pada 2018, e-sukan dipilih sebagai acara demonstrasi yang menampilkan tajuk e-sukan seperti League of Legends, Arena of Valor, Pro Evolution Soccer 2018, StarCraft II, Hearthstone dan Clash Royale.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Olimpik Tokyo: 264 Atlet, Pegawai Terima Vaksin 13 April

SUBANG JAYA: Atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo akan menerima suntikan vaksin COVID-19 seawal 13 April ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal...

England Tempang Tanpa Rashford, Saka

LONDON: Marcus Rashford dan Bukayo Saka diketepikan dari skuad England untuk kempen kelayakan Piala Dunia bertemu Albania dan Poland, umum Persatuan Bolasepak (FA) England,...

Jadikan Kejayaan All England Perangsang Untuk Bekerja Lebih Keras, Pesan Muhyiddin Kepada Zii Jia

KUALA LUMPUR - Kejayaan manis jaguh perseorangan lelaki negara yang merangkul Kejuaraan Badminton All England 2021 malam tadi menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...