Muhyiddin Sebagai ‘Puppet’ Tun M? Teori Ini Tidak Benar – Marzuki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘puppet’ atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri disifatkan tidak benar sama sekali.

Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad berkata, teori oleh pihak tertentu yang menggambarkan Dr Mahathir berada di belakang pentadbiran Muhyiddin tidak masuk akal.

“Saya fikir teori itu tidak betullah, itu tidak benar. Kalau dikatakan Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai puppet, tidak… itu tidak betul.

“(Bagaimanapun) Hubungan dengan Tun Dr Mahathir dari dulu amat akrab, baik dan saya lihat Muhyiddin ini seorang yang begitu tinggi hormat kepada Tun Mahathir, cukup tinggi hormatnya,” jelas beliau.

Sementara itu, Marzuki sekali lagi menjelaskan bahawa pendirian Muhyiddin adalah jelas bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah dalam apa jua keadaan.

“Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, saya fikir pendirian beliau adalah jelas, hal-hal mahkamah ini beliau tidak boleh mencampuri.

“Malah, kita dalam sistem kerajaan ini pun, ada ‘separation of powers’, antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. Jadi itu pun adalah satu perkara yang penting dalam konteks sebuah negara demokrasi.

“Apa lagi kalau kita bercakap tentang soal integriti, jadi Muhyiddin telah buat pendirian beliau dan umum ketahui… bahawa beliau sebut banyak kali… dalam apa jua keadaan sekalipun, beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah,” jelas Marzuki.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Bicara Politik Khas Pintar: Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional pada petang Isnin – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,562FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat