Beri Ebit Liew anugerah Datuk Seri, berbanding Menteri dan ahli politik

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pengasas parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan pendakwah terkenal Ebit Lew diberi pangkat ‘Datuk Seri’ kerana jasanya membantu masyarakat.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, penceramah bebas tersebut adalah lebih layak berbanding menteri dan ahli politik yang menerima penganugerah pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021 semalam.

Lebih baik anugerahkan pangkat “Datuk Seri” ke Ustaz Ebit Liew dari Menteri & Ahli Politik. Setuju? soalnya melalui laman Twitternya.

Bagaimanapun ciapan Sted Saddiq itu menerima kritikan dan tempelak dari warga netizen.

“Pangkat darjat itu duniawi sahajalah. Chill jelaa. Siapa yang dapat anggap sahaja rezeki dia. Mungkin pangkat darjat itu pun satu ujian Allah dekat orang itu.

“Kita yang tak dapat ini chill jela jangan dengki-dengki. Hendak berkhidmat tak perlukan pangkat,” komen @amirul_naim7

“Ebit tak kebulur nak pangkat Datuk Seri. Sebab dia buat kerja ikhlas. Tak ada kelebihan langsung untuk diri dia kalau dapat gelaran itu. Senang kata dia tak perlukanlah,” tempelak @zieyzulshaari pula.

“Zaman tuan lagi dahsyat, baharu naik jadi menteri sudah dapat pelbagai gelaran.

“Padahal tak teruji dengan pelbagai badai pentadbiran atau wujud polisi yang hebat. Alangkah baiknya tuan dulu buat perubahan, tetapi itulah, dipersiakan,” balas @RenPa14.

“Jangan heret Ustaz Ebit Liew jadi ahli ‘politaik’ nanti banyak fitnah berleluasa. Ada sahajalah nanti kes lewatlah, khalwatlah.

“Tak payah biar Ebit Liew dapat pangkat seperti (beliau) super hero di mata kami walaupun tak ada pangkat, tetapi pahala dia banyak. apa ada pada pangkat dunia?” soal @nyctophfilia.

Wakil rakyat Muar itu berkata sedemikian selepas beberapa pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerima darjah kebesaran tersebut.

Antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Manakala Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menerima pangkat ‘Datuk Seri’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat