Minzy Dedah Lagu Popular BlackPink Sebenarnya Milik Kumpulan 2NE1

- Advertisement -

Lagu popular ‘As if It’s Your Last’ dendangan BlackPink kini telah berjaya mengumpul lebih dari 900 juta tontonan di YouTube. Pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya jika lagu ini menjadi milik dan dinyanyikan oleh kumpulan lain selain dari BlackPink?

Jujur saya katakan, sukar untuk saya bayangkan jika lagu ini dinyanyikan oleh orang lain selain dari Lisa, Rose, Jisoo dan Jennie. Bagaimanapun baru-baru ini, Minzy yang merupakan bekas ahli kumpulan 2NE1 telah mendedahkan bahawa lagu tersebut sebenarnya pernah diberikan kepada kumpulannya.

 

Minzy yang hadir sebagai tetamu istimewa untuk rancangan ‘Park Myung Soo’s Radio Show’ yang disiarkan di radio KBS Cool FM pada bulan Januari yang lepas mengatakan bahawa demo untuk lagu tersebut diberikan kepada 2NE1 ketika mereka sedang dalam proses pembikinan album ‘Come Back Home’.

“Lagu As if It’s Your Last pernah diberikan kepada 2NE1 dan kami sudahpun bersiap sedia untuk merakamnya akan tetapi, kami memilih untuk menghentikan rakaman kerana pada ketika itu ada banyak lagi lagu yang lebih menarik,” jelas Minzy yang kini merupakan seorang soloist.

Khabar angin tentang lagu tersebut sebenarnya milik 2NE1 telah lama tersebar dalam kalangan peminat kumpulan tersebut. Rata-rata dari peminat mengatakan lagu tersebut mempunyai aura yang sering dirasai dalam lagu-lagu 2NE1 yang sebelumnya.

photo_2021-02-02_13-08-28

KOMEN DARI PEMINAT. SUMBER: ALLKPOP

Bagaimanalah agaknya jika lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan 2NE1? Apa pun, kedua-dua kumpulan mempunyai keunikan tersendiri dan meskipun lagu ini sepatutnya menjadi milik 2NE1, lagu ini tetap berjaya dinyanyikan dengan baik oleh BlackPink.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat