Umno belum bincang kerjasama dengan Pas dalam MN, cuma pandangan peribadi Akmal – Khaled

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi Umno belum dimaklumkan cadangan kerjasama antara parti itu dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) seperti disuarakan Ketua Pemudanya, Datuk Dr Akmal Saleh.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerjasama menerusi MN itu hanya pandangan peribadi Dr Akmal.

Menteri Pertahanan itu turut mengesahkan pucuk pimpinan parti tidak ada membincangkan perkara itu sehingga kini.

“Saya tak ada apa-apa perasaan ataupun tidak ada apa-apa pandangan ataupun tidak ada apa-apa harapan.

“Itu pandangan dia (Akmal). Pandangan individu ataupun mungkin pandangan kebanyakan pemuda, tetapi parti bergerak atas sokongan dan keputusan bersama oleh pelbagai peringkat. Tak ada (perbincangan mengenai MN), lapor BH di Kota Tinggi.

Dr Akmal sebelum ini memberi cadangan supaya Perikatan Nasional (PN) dibubarkan dan MN dihidupkan semula susulan polemik politik di Perlis.

Beliau turut dilaporkan berkata, usaha supaya memperkasakan MN dan bukannya PN itu sudah dibangkitkan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sebelum ini, MN yang piagamnya ditandatangani 14 September 2019 antara Umno dan Pas boleh dianggap berkubur apabila Pas memuktamadkan kerjasama dengan Bersatu dalam PN bagi menghadapi PRU-15.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat