19 PPS Dibuka Di Melaka, Tempatkan 1,661 Mangsa Banjir

- Advertisement -

MELAKA – Sebanyak 19 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri dengan menempatkan seramai 1,661 mangsa banjir ketika hujan masih berterusan hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, daerah Alor Gajah merekodkan 10 PPS, sementara tujuh di Melaka Tengah dan dua di Jasin.

Katanya, jumlah kawasan terjejas turut meningkat kepada 27 kawasan setakat jam 4 petang ini membabitkan 14 di daerah Alor Gajah, Sembilan di Melaka Tengah dan empat di Jasin berbanding 24 kawasan keseluruhan di pada 2 petang tadi.

Menurutnya, kawasan terjejas banjir di Alor Gajah antaranya membabitkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

“Di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tamby Chik Karim, Rumah Awam PeringgitKampung Bachang Darat, Balai Panjang dan Bertam Malim.

“Sementara di Jasin pula, kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Tasek,” katanya.

Sementara itu, penduduk rumah awam Pantai Peringgit turut dinaiki air rumah berikutan kediaman mereka berada di tepi sungai Melaka.

Penduduk, Sothi Vandamalai, 73, berharap keadaan air kembali surut dan hujan akan reda kerana lebih 10 rumah sudah dimasuki air di kawasan berkenaan.

Katanya, rumahnya yang berada di kawasan yang lebih tinggi bagaimanapun kini sudah mencecah tangga dan tetap waspada dengan meletakkan barangan di tempat tinggi sambil bersedia berpindah jika keadaan lebih parah.

Dalam pada itu air juga mula naik di Kampung Pulau Kelapa dengan penduduk sudah bersedia untuk berpindah jika keadaan semakin parah. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat