Dr Mustafa Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pakar perundingan, pembedahan dan bariatrik, Dr. Mustafa Mohammad Taher dipilih antara salah seorang pakar bariatrik terbaik Asia Pasifik dalam Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global anjuran sebuah badan yang berpusat di Singapura.

Mustafa, 46, yang berasal dari Iraq mendapat pendidikan di Kolej Perubatan Universiti Baghdad dan menetap di Malaysia lebih 17 tahun adalah Pakar Perundingan dan Pembedahan di Pusat Perubatan Hospital Cengild, Bangsar, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Mustafa pernah berkhidmat sebagai pakar pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 2012 hingga 2019.

Beliau yang terkenal melalui perkongsiannya mengenai kesihatan di laman media sosial Instagram dan Tik Tok berkata, anugerah ini mendorong beliau untuk terus memerangi obesiti dengan meningkatkan kesedaran kesihatan kepada orang ramai mengenai penyakit itu.

“Pembedahan bariatrik membolehkan pesakit mendapat peluang ke dua ke arah kehidupan kesihatan lebih baik dan meningkatkan keupayaan fizikal dalam mengurangkan berat badan serta merawat masalah kencing manis serta darah tinggi dihadapi pesakit.

“Kebanyakan pesakit yang berlebihan berat badan akan mengalami beberapa masalah refluks yang juga punca utama pembentukan kanser di esofagus atau perut, dan pembedahan bariatrik boleh menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, sepanjang dia berkhidmat dia telah berjaya melakukan lebih 2,000 pembedahan bariatrik melibatkan beberapa hospital di negara ini.

“Kebanyakan pesakit sebelum ini mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan halangan untuk melakukan aktiviti harian,” jelasnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat