9 Mati Lemas: “Kita Akan Ingat Siapa Batalkan Pembinaan Jambatan” – Danny Liew

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang rakyat Sarawak, Danny Liew meluahkan rasa sedih berhubung tragedi menyayat hati yang meragut sembilan nyawa sekeluarga setelah mereka lemas terperangkap dalam kenderaan pacuan empat roda yang terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso, Sarawak.

Kesemua mayat mangsa terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan termasuk seorang bayi dikeluarkan dari kenderaan yang tenggelam itu oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Lepas makan malam tadi, buka Facebook, benda pertama saya nampak adalah tragedi Feri Triso. 9 nyawa terkorban apabila kenderaan pacuan 4 roda termasuk ke dalam Sungai Batang Lupar. Salah satu yang terkorban bayi kecil umur 4 bulan. Sebaya dengan anak bongsu saya.

“Cukup luluh rasa hati apabila membaca mengenai tragedi ini. Lokasi kejadian adalah salah satu daripada 3 projek jambatan yang dirancang pentadbiran kerajaan terdahulu (BN) yang dibatalkan kerajaan PH dahulu.

“Saya ingat lagi masa tu apabila mengumumkan pembatalan jambatan ini, diberikan alasan bahawa orang Sarawak tak perlukan jambatan. Pautan ke berita asal pula dah dibuang, digantikan dengan satu pautan lain yang memberi alasan bahawa kenyataan menteri disalahtafsir,” tulis Danny Liew di Facebooknya, malam tadi.

Antara status projek jambatan di Sarawak yang dibatalkan, dikongsi oleh netizen di media sosial.

Dalam insiden tersebut, sembilan sekeluarga itu dilaporkan dalam perjalanan untuk menghantar salah seorang ahli keluarga untuk belajar di sekolah Tahfiz di Kuching.

Mengulas lebih lanjut, Danny Liew berkata, dia sendiri mempunyai pengalaman menaiki Feri Triso sebelum ini dan mengakui cukup marah apabila projek pembinaan jambatan yang di rancang semasa pentadbiran pusat dipegang BN telah dibatalkan apabila kerajaan berubah selepas PRU14 lalu.

“Bukan sekali, tetapi berkali-kali (naik feri). Kalau adanya jambatan, memang memudahkan. Apatah lagi air di situ deras. Feri pun ada kalanya tak boleh beroperasi kerana pasang surut air dan kederasan air sungai.

“Jadi saya memang cukup marah apabila mendengar projek jambatan dibatalkan. Tapi semua itu sudah terlambat.

“Ingat. Hari ini 9 nyawa melayang. Kita belum kira lagi kisah terpendam penduduk sepanjang laluan pesisir yang tidak sempat sampai ke hospital kerana terpaksa menunggu feri.

“Kita akan ingat siapa yang sudi meluluskan projek itu. Kita akan ingat siapa yang gatal membatalkan projek itu. Kita akan ingat siapa yang sanggup memberi alasan mempertahankan pembatalan tersebut.

“Jangan salahkan saya tak menyokong kamu dan terus mengungkit kisah-kisah ini. Kerana sudah ada nyawa yang melayang,” katanya, dalam luahan tersebut, yang menarik perhatian ramai netizen.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkongsi luahan Danny Liew itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Beliau juga mengesahkan beberapa projek pembinaan jambatan di Sarawak telah diluluskan semasa pentadbiran kerajaan BN dahulu, namun dibatalkan apabila PH mengambil alih kerajaan pusat.

“Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi feri Triso di Sarawak.
Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

“Ya. Dulu Jambatan Batang Lupar dipersetujui oleh saya agar dibiayai secara perkongsian antara Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) dan Kerajaan Sarawak dengan konsep 50:50.

“Namun pembinaan dibatalkan (bersama beberapa lagi jambatan Sarawak) oleh kerajaan pusat PH bawah Menteri Kewayangan selepas PRU14. Sedih,” ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan SuaraTV di ruangan komen Facebook Danny Liew mendapati salah seorang netizen mengingatkan betapa pentingnya keselamatan rakyat diutamakan.

“Hari tu, Projek Tembok di sempadan Malaysia-Thailand yang dibatalkan oleh PH, ada yang terkorban.

“Kali ni, Projek Jambatan yang dibatalkan PH, ada lagi yang terkorban…

“Lesson learnt… Dahulukan rakyat… Utamakan keselamatan rakyat… Jaga kebajikan rakyat… Pepatah Melayu ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan… Sekarang ni nasi jadi bubur,” kata netizen itu.

Luahan Danny Liew mengenai insiden menyayat hati yang mengorbankan sembilan nyawa sekeluarga di Sarawak, serta komen serta reaksi netizen yang bersimpati di media sosial.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat