Komposisi Kabinet Hajiji diisi GRS, UPKO, PH dan BN

KOTA KINABALU- Kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor melantik tiga Timbalan Ketua Menteri dalam majis angkat sumpah di Istana Seri Kinabalu pada Isnin.

Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 2 Sabah diisi Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun.

Timbalan Ketua Menteri 3 Sabah dijabat oleh Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.

Portfolio Kabinet Sabah baharu dianggotai Ketua Menteri Hajiji Noor (GRS).

Timbalan Ketua Menteri 1 Dr Joachim Gunsalam (GRS) akan menggalas portfolio Menteri Kerja Raya dan Utiliti.

Timbalan Ketua Menteri 2 Masidi (GRS) pula memikul portfolio Menteri Kewangan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri 3, Datuk Ewon Benedick (UPKO) portfolio Perindustrian,Keusahawanan dan
Pengangkutan.

Manakala Datuk Arifin Arif (GRS) portfolio Kerajaan Tempatan dan Perumahan; Datuk Jamawi Jaafar (PH) diberi tanggungjawab portfolio Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Sementara itu, Datuk Rubin Balang (GRS) menjawat Menteri Pembangunana Luar Bandar; Datuk James Ratib (GRS) galas portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dijawat Datuk Jafry Ariffin (BN).

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat digalas Datuk Julita Mojungki (GRS).

Datuk Nizam Titingan (GRS) menjawat Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat