BN kini sebahagian komponen Kerajaan Perpaduan Sabah – Jaochim

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah Datuk Seri Dr Jaochim Gunsalam pada sidang media di Sri Gaya mengesahkan perkara itu.

“BN adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan (unity government) di Sabah.

“Pakatan Harapan (PH) ada (dalam kerajaan),” katanya.

Bagaimanapun apabila ditanya apa status Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) Jaochim hanya memberitahu, belum.

Joachim Gunsalam (GRS) diberi tanggungjawab portfolio Menteri Kerja Raya dan Utiliti menggantikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengendalikan sidang media selepas majlis angkat sumpah.

Menurut beliau, Hajiji tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Pada petang Isnin, 10 ADUN Sabah mengangkat sumpah menjadi Ahli Jemaah Menteri baharu selepas PRN ke-17, dengan 7 ADUN mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan masing-masing 1 wakil dari PH, UPKO, dan BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat