BN sedia kerjasama dengan Kerajaan Hajiji

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bekerjasama serta menyokong pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerjasama ini dizahirkan demi memastikan Negeri Sabah terus berada dalam landasan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan yang berterusan demi rakyat negeri ini.

Justeru beliau menyatakan komitmen BN ini selaras dengan kenyataan oleh YAB Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 29 November 2025 yang lalu.

“BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

“PRN ini merupakan suatu proses demokrasi yang matang dan BN menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dengan hati yang terbuka serta penuh rasa hormat terhadap suara dan mandat mereka.

“BN juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti dari seluruh pelosok negara yang telah bertungkus lumus sejak hari pertama kempen sehingga ke saat terakhir.

“Segala keringat, masa dan komitmen yang dicurahkan adalah lambang kesetiaan dan semangat perjuangan demi parti serta demi kepentingan rakyat,” kata Zambry dalam kenyataan pada Isnin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat