BN dah hantar senarai calon isi jawatan menteri, timbalan menteri kepada Hajiji – Zahid

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan senarai nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pembentukan Kerajaan Negeri Sabah.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pembentukan kerajaan baharu kini berjalan mengikut aturan selepas parti-parti yang mendukung kerajaan diminta menghantar nama calon masing-masing.

“Kita telah diminta (mengemukakan senarai calon) dan BN telah pun menyerahkannya,” katanya di Bagan Datuk lapor Sinar Harian pada Isnin.

Timbalan Perdana Menteri itu menjelaskan, kerjasama antara parti dalam gabungan itu terutama hubungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada dalam keadaan baik dan tersusun.

Katanya, koordinasi yang terjalin itu penting untuk memastikan proses pembentukan kerajaan negeri berjalan lancar tanpa pertikaian yang boleh menggugat kestabilan politik.

“Saya sendiri telah menghubungi Ketua Menteri yang baharu dan Perdana Menteri bagi memastikan kestabilan politik di Sabah dapat dicapai.

“Walaupun pada peringkat awal, mungkin kecukupan majoriti mudah di kerajaan negeri itu dipertikai, tetapi jelas usaha-usaha yang dilakukan secara terselaras membuahkan hasil.

“Saya juga berterima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah atas nasihat dan pandangan yang diberikan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menegaskan, fokus utama kini adalah menstabilkan politik negeri bagi memastikan urusan pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan.

Ujarnya, tiga keutamaan utama iaitu api, air dan infrastruktur jalan raya perlu dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

“Matlamat kita adalah memastikan agenda Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah, Sabtu lalu, GRS muncul sebagai gabungan terbesar apabila memenangi 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

BN pula meraih enam kerusi, manakala Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi sebagai blok pembangkang terbesar. Perikatan Nasional (PN) memenangi satu kerusi, manakala lima lagi dimenangi calon Bebas.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor telah dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sabah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat