UMNO boleh terima PKR, Amanah dengan syarat tinggalkan DAP – Nazri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO menyatakan keterbukaan menjalin kerjasama meluas dengan PKR dan Amanah namun, syarat utama ialah kedua-dua parti pembangkang itu perlu ‘angkat kaki’ tinggalkan DAP,” kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, usaha tersebut akan disokong jika memberi keuntungan kepada bangsa Melayu dan Islam.

“Itu kalau apa-apa juga pertemuan dan kerjasama yang boleh menguntungkan Melayu dan Islam, saya sokonglah, termasuklah kalau sekiranya bukan terhad kepada PAS sahaja.

“Kalau ia (kerjasama dengan PH pun tiada masalah) menguntungkan, tetapi pada saya dengan DAP tidak boleh.

“Ia (Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh tinggalkan DAP?), dia ada dua, menguntungkan Melayu dan Islam, dan tidak bersama dengan DAP,” katanya memetik Utusan pada Rabu.

Dalam laporan media minggu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan yang parti itu harus membuka ruang politik lebih luas berikutan tidak ikhlas yang berlaku dalam Muafakat Nasional (MN).

Berikutan itu, jelas Zahid, suatu pembaharuan perlu dibuat kerana realiti dan landskap politik telah berubah, maka UMNO perlu terus menjadi parti relevan yang diterajui orang Melayu.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, bagaimanapun UMNO tidak boleh mengharapkan kelemahan pihak lawan untuk memenangkan parti.

“Kita tidak boleh harapkan sesuatu berlaku kepada lawan kita kalau nak menang. Kita kena rancang apa yang ada di depan kita. Tapi kalau mereka nak berpecah, bukan kita yang merancang untuk mereka berpecah, dan kalau berlaku perpecahan pun bukan atas perancangan kita.

“Kita kena merancang apa yang kita boleh buat, bukan mengharapkan orang belah sana berpecah atau apa sekalipun,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat