JDT Kalah: Selain Orang KL, Sanusi Paling ‘Happy’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kejutan pasukan ‘underdog’ KL City FC membenam skuad Harimau Selatan 2-0 ternyata menggemparkan seluruh Malaysia.

Di sebalik kejayaan Kl City FC ada satu figura yang paling gembira, siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sanusi dalam catatan di Facebooknya mengakui tumpang gembira dengan kehebatan Kl City FC kerana berjaya menamatkan kemarau panjang 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia.

“Tahniah KL City, saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira.

“Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu? tanya Sanusi sinis.

Hantaran Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu mendapat 5,800 tanda suka dan 506 perkongsian.

KL City mengakhiri penantian selama 32 tahun untuk muncul juara piala berprestij itu selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.

Sebelum ini berlangsung ‘drama’ luar padang perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah dan JDT.

Tercetus ‘perang mulut’ antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Sanusi menghangatkan pertembungan di Alor Setar pertengahan November lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat