Projek Gerudi Terowong Gunung Berapi Berisiko Cetus Letusan Besar – Saintis

- Advertisement -

REYKJAVIK – Sekumpulan saintis memberi amaran kepada pasukan penyelidik antarabangsa yang merancang untuk menggerudi terowong ke tengah-tengah gunung berapi aktif di Iceland kerana berisiko mencetuskan letusan besar, lapor akhbar Daily Star.

Rancangan menggali lubang sejauh 1.9 kilometer itu akan dilakukan di gunung berapi Krafla di timur laut Iceland.

Pasukan itu bagaimanapun tidak bertujuan mencari harta karun purba, sebaliknya ingin membina ‘balai cerap magma’ pertama di dunia bagi mengkaji batuan cair sepanas 1,300 darjah Celcius di bawah tanah.

Pasukan itu percaya bahawa mereka mungkin menemui sumber tenaga baharu dan membangunkan sistem amaran awal untuk letusan gunung berapi di seluruh dunia.

Bagaimanapun, langkah itu adalah berisiko kerana sedikit penggerudian yang kasar boleh mencetuskan letusan baharu secara tidak sengaja.

Projek Krafla Magma Testbed yang menelan belanja berjumlah AS$100 juta (RM422 juta) itu dilaporkan akan memulakan proses penggerudian pada 2024.

“Letusan adalah sesuatu yang ‘semestinya akan dibimbangkan’ seperti ‘mencucuk gajah dengan jarum’,’’ kata salah seorang pengasas projek itu, John Eichelberger.

Projek itu bermula pada 2009 apabila sebuah syarikat tenaga secara tidak sengaja menggerudi ke dalam kawasan cetek magma. Walaupun gerudi itu rosak, tiada letusan berlaku dan tiada siapa yang cedera. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat