Ops Pemantauan, Penguatkuasaan Bersepadu Tangani Isu Harga Sayur – Pengarah Ekonomi PMO

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Shahril Hamdan berkata pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan kini giat melakukan operasi pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu bagi menangani isu harga sayur-sayuran dan makanan.

Menurut beliau, operasi itu melibatkan seluruh rantaian makanan, dari peladang, pengedar sehinggalah peruncit.

Beliau yang turut serta dalam salah satu operasi itu turut berkongsi maklum balas yang diterima daripada pekebun dan peladang berkaitan isu tersebut.

“Terima kasih MAFI, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Lembaga Pertubuhan Peladang, dan KPDNHEP yang terbabit dalam sesi lawatan pemantauan bersepadu dan kunjungan ke Pusat Pengumpulan Hasil Ladang, PPK Kuala Langat dan beberapa peladang berdekatan.

“Sempat bertemu bersama pengusaha sayuran Encik Asmadi yang menerangkan bahawa dua punca kenaikan harga sayuran adalah peningkatan harga baja dan gaji tenaga buruh. Meskipun begitu, beliau tetap menjual pada harga yang berpatutan biarpun marjin mengecil.

“Lawatan kedua ke kebun cili Encik Norhasik Kamisan. Saya difahamkan disamping harga baja, cuaca antara punca peningkatan harga cili.

“Jelas, di setiap peringkat, harga input meningkat. Bukan sekadar baja, tetapi racun, gaji tenaga buruh, logistik, harga besi, dan lain-lain, seperti yang telah dijelaskan dalam muatnaik yang lepas – tetapi saya faham rakyat lebih mendahagakan tindakan daripada penjelasan,” katanya.

Menurut Shahril, dalam beberapa kes, peladang mampu menyerap peningkatan kos tanpa terlalu menaikkan harga jualan mereka, namun jika harga runcit tetap melambung tinggi, ini menggambarkan satu situasi yang perlu diperangi jika dibuktikan ada orang tengah yang mengambil kesempatan.

“Sepertimana disebut YAB Perdana Menteri hari ini, kenaikan harga rata-rata bukan berpunca dari peniaga.

“Difahamkan ops penguatkuasaan sedang diperhebat dan pengumuman mengenai Jualan Keluarga Malaysia yang bakal dilancarkan esok.

“Saya yakin ini bukan penyudah kepada usaha untuk memperbaiki keadaan dan akan ada lagi perkara dan pengumuman lain kelak.

“Mengakhiri sesi tadi bersama petani mendengar pandangan dan cadangan yang turut disertai oleh agensi-agensi berkaitan dalam merangka cadangan penyelesaian peningkatan harga makanan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang banyak memainkan peranan membantu peladang.

“Melalui PPK, banyak perkara dipermudahkan bagi peladang, semua gred hasil ladang diambil oleh PPK dan dijual pada harga mesra rakyat pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, dan Sabtu.

“Sistem PPK ini cukup baik kerana ia membantu dalam mengawal harga. Penggunaan teknologi melalui IOT juga sangat membantu dalam kebergantungan tenaga buruh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat