Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Terkawal Bawah Paras 1.00 – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau Rnaught penularan Covid-19 di dalam negara terus kekal bawah paras 1.00 mengikut laporan terkini hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan laporan kadar kebolehjangkitan semasa setakat 30 November lalu, nilai Rnaught terus kekal pada kadar 0.95.

Pun begitu, katanya, nilai Rt yang dilaporkan mengikut negeri, Perlis telah mencatatkan paras 1.06.

Selain Perlis, enam lagi negeri turut merekodkan nilai kadar kebolehjangkitan pada paras 1.00 iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (1.02) diikuti Melaka Rt 1.01 sementara Pahang dan Kedah masing-masing mencatatkan Rt 1.00, katanya dalam kenyataan perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini.

Justeru Dr. Noor Hisham menambah, lapan lagi negeri merekodkan bacaan Rt bawah paras 1.00 iaitu antara 0.99 dan 0.93.

“Perak, Selangor dan Johor merekodkan nilai kebolehjangkitan 0.99 disusuli Putrajaya 0.98. Sabah mencatatkan Rt 0.96 manakala dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu masing-masing merekodkan Rt 0.95 disusuli Negeri Sembilan 0.93.

“Bagaimanapun, Sarawak satu-satunya negeri yang merekodkan penyusutan dalam nilai Rt iaitu 0.77,” katanya.

Dalam pada itu Labuan kembali merekodkan kadar kebolehjangkitan sifar hari ini.- MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat