PM Ucap Tahniah Kepada Abdul Fattah Atas Pemilihan Sebagai Naib Presiden ICA-AP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan tahniah kepada Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah atas pemilihan beliau sebagai Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia Pasifik (ICA-AP) bagi penggal 2022-2026.

Dalam ucapan tahniah yang dizahirkan menerusi laman Facebooknya, beliau berkata pemilihan tersebut menunjukkan keyakinan dan kepercayaan kepimpinan koperasi antarabangsa terhadap kewibawaan kepimpinan gerakan koperasi di Malaysia yang dilihat progresif, sistematik dan berdaya maju.

“Tahniah! Malaysia mencatat sejarah apabila memenangi kerusi Naib Presiden ICA-AP pada perhimpunan serantau ICA-AP ke-15 yang dianjurkan secara hibrid di Seoul, Korea Selatan,” menurut catatan itu.

Abdul Fattah yang juga Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) merupakan individu kedua dari Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden ICA-AP selepas Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

Menurut kenyataan Angkasa, pemilihan itu dijalankan menerusi Sistem Pengundian Elektronik dan terdahulu Abdul Fattah turut dipilih semula sebagai anggota lembaga ICA-AP untuk tempoh empat tahun. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat