Menang Piala Malaysia, KL, Putrajaya dan Labuan Cuti Jumaat Ini – Shahidan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengumumkan cuti pelepasan am bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini.

Shahidan berkata, cuti tersebut diberikan sempena meraikan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia setelah menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau menjelaskan pengumuman cuti itu dibuat selaras dengan Subseksyen 9(2) Akta Hari Pelepasan Am 1951 (Akta 396) Wilayah Persekutuan.

Menurutnya lagi, pemberian cuti pelepasan itu juga bagi meraikan berakhirnya penantian selama 32 tahun pasukan itu untuk menjulang kembali piala berkenaan.

“Bersempena dengan kemenangan Piala Malaysia edisi ke-100 buat pasukan KL City FC malam semalam, yang juga turut menamatkan penantian pasukan Kuala Lumpur selama 32 tahun, saya dengan berbesar hati mengumumkan Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari Jumaat ini, 3 Disember 2021,” katanya.

Kali terakhir pasukan Kuala Lumpur merangkul piala tersebut ialah pada 1989.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat