Pesta kopi bersama selebriti

- Advertisement -

PASAR Seni atau lebih dikenali sebagai Central Market (CM) pernah melalui zaman gemilang suatu ketika dahulu dengan pelbagai aktiviti kesenian serta pusat tumpuan seniman marhaen.

Sejak era 1980-an dan 1990-an, lokasi ini menjadi tumpuan ramai pemuzik jalanan dan pemuisi seperti Kopratasa, Loloq, Nasir Jani, Pyan Habib dan ramai lagi termasuk golongan pelukis, penulis, wartawan, kartunis serta kumpulan muzik underground tanah air.

Bakat-bakat seni seperti Andy Flop Poppy turut bermula di sini sebelum menjadi besar dan dikenali dalam arus utama industri muzik tempatan.

Justeru, bagi mengembalikan semula kemeriahan dan kegemilangan tempat ini, pemilik Pasar Seni dengan kerjasama Tempatan Fest menganjurkan Pesta Kopi KL yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 Disember ini di Kasturi Walk Pasar Seni.

Pengasas Tempatan Fest, Seir Rashid berkata, pengoperasian semula pelbagai sektor ekonomi membuka ruang bagi mereka untuk kembali aktif dengan matlamat asalnya.

“Tempatan Fest ditubuhkan pada 2013 dengan objektif utama untuk mengetengahkan inisiatif usahawan tempatan dalam pelbagai bidang yang menonjolkan seni dan kreativiti baik dari bidang seni grafik, fesyen jalanan, muzik mahupun kulinari dengan penganjuran tahunan seperti Tempatan Fest, Tempatan Stage, Tempatan Kitchen dan seumpamanya.

“Sebelum ini kami pernah anjurkan acara jualan baju. Namun untuk kali ini, Tempatan Fest akan menganjurkan acara Pesta Kopi KL.

“Ini acara pertama Tempatan Fest dan julung kali diadakan Pesta Kopi yang berlangsung di Pasar Seni,” katanya.

Seir berkata, selama dua hari, usahawan kopi tempatan seluruh negara berkumpul untuk mempersembahkan produk minuman kopi masing-masing serta menunjukkan pelbagai cara dan seni penyediaan kopi.

“Program akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Dalam masa sama, saya akan tampilkan artis busker, artis indie dan ternama bagi menambah kemeriahan majlis.

“Masuk percuma tapi saya menyeru kepada pengunjung untuk sentiasa amalkan SOP (prosedur operasi standard). Kami nak kembalikan semula kemeriahan Pasar Seni. Jadi, saya panggil semula artis yang pernah menghidupkan suasana di sini suatu ketika dulu sebagai pusat seni,” katanya.

Pesta Kopi KL turut mendapat kerjasama Kinabalu Peaks, Peminat Kopi, Sekolah Kopi, Zenia Coffee dan Rasta Brew sebagai Rakan Strategik, Avenue J Hotel sebagai Hotel Rasmi dan The Rakyat Post sebagai Media Rasmi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat