Harga Ais Tak Patut Naik- PM

KUALA LUMPUR- Syarikat bekalan ais yang menaikkan harga sehingga 50 sen sebungkus ditegur Perdana Menteri.

Ismail Sabri menegaskan, kenaikan harga ais tidak patut berlaku.

“Harga ais tidak patut naik sebab tiada kenaikan tarif air dan elektrik,” katanya ketika melakukan tinjauan harga barangan di My Farm Outlet Kasih, Presint 9, di Putrajaya pada Rabu.

Hadir sama dalam tinjauan itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenaikan laporan mengenai syarikat berkenaan yang menamatkan promosi untuk produk ais iaitu ais kisar dan ketulan bermula 1 Disember.

Antara alasan yang diberikan syarikat berkenaan adalah kos penyelenggaraan lori semakin tinggi dengan kenaikan harga tayar, alat ganti lori dan minyak diesel.

Secara keseluruhannya, Perdana Menteri mengakui harga barangan keperluan meningkat.

Pun begitu katanya, kenaikan harga barangan bukan berpunca daripada peniaga.