‘Cipta’ kisah cinta lokasi memang menjadi

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Ruhainies tidak menafikan isu tular mampu menaikkan ‘rating’ sesuatu karya drama atau filem.

Namun, pelakon itu juga tidak menolak sekiranya isu tular mampu meninggalkan kesan berpanjangan kepada reputasi seseorang artis.

“Isu tular mampu menarik minat penonton untuk menonton. Namun, ia hanya bersifat sementara dan ketika drama itu ditayangkan saja.

“Bagaimanapun, ia memberi kesan berpanjangan terhadap reputasi artis yang terbabit dengan isu tular,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia juga pernah melalui pengalaman di mana menjadi sebahagian daripada ‘kandungan tular’ untuk menaikkan ‘rating’ drama lakonannya.

“Ketika awal-awal berlakon dulu, saya juga terkejut apabila kisah mengenai cinta lokasi dan sebagainya dicipta. Ia memang menjadi.

“Bagi saya, benda-benda begitu sedikit sebanyak membantu menaikkan ‘rating’ drama. Namun, ia juga bergantung kepada rezeki,” kata pelakon drama Cukup Derita Itu yang kini ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat