Program Francais Mikro, Francais Mampu Milik Bantu B40, M40 Diteruskan – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik yang diperkenalkan awal tahun ini akan diteruskan pada tahun depan bagi membantu meningkatkan ekonomi golongan B40 dan M40.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program itu sehingga kini banyak membantu golongan B40 dan M40 menceburkan diri dalam industri francais dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Sehingga kini, sebanyak 144 permohonan daripada francaisor dan potensi francaisi bernilai lebih RM22 juta telah diterima untuk diproses.

“Sebanyak 8 francaisor dan 29 francaisi telah mendapat bantuan kerajaan menerusi program tersebut dengan peruntukan tahun semasa berjumlah RM4.5 juta.

“Kerajaan berhasrat untuk meneruskan program ini pada tahun hadapan dan akan memastikan lebih ramai dapat menerima manfaat terutamanya Keluarga Malaysia dari kumpulan B40 dan M40.

“Kejayaan Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik ini juga amat penting kerana ia merupakan sebahagian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100 Hari Jemaah Menteri yang dinilai di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya, ketika berucap di Majlis Anugerah Francais Malaysia 2021, sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, industri francais dijangka terus menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara mulai tahun ini hasil pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kerajaan akan terus menyokong pembangunan dan pertumbuhan industri francais demi memastikan lebih ramai pemain industri dapat dilahirkan serta lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk Keluarga Malaysia.

“Di bawah Bajet 2022, pelbagai inisiatif turut dirangka untuk membantu usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) menerusi pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat.

“Khusus untuk pembangunan francais dan jualan langsung, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi mendorong industri francais berkembang dengan lebih pesat,” katanya.

Perdana Menteri turut menggalakkan KPDNHEP dan MFA agar terus menganjurkan lebih banyak aktiviti dan program yang akan memanfaatkan penggiat industri francais selaras dengan matlamat Keluarga Malaysia yang menekankan nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat