Agong gusar penularan Omicron

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran terhadap penularan varian baru, Omicron yang kini mula merebak di seluruh negara.

Seri Paduka Baginda bimbang susulan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengkategorikan varian Omicron sebagai Variant of Concern, yang diklasifikasikan lebih berbahaya dan cepat merebak berbanding varian-varian terdahulu.

Menurut WHO, varian Omicron juga berkemungkinan mempunyai risiko lebih tinggi untuk jangkitan semula (re-infection) berbanding varian-varian lain bahkan mutasi dalam varian Omicron juga berpotensi mengurangkan keberkesanan vaksin.

Hal demikian, susulan perkembangan semasa ini, Yang di-Pertuan Agong menasihati rakyat keseluruhannya untuk terus beristiqamah dalam kawalan kendiri dan berdisplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Dalam kenyataan Istana Negara pada Rabu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memberitahu, Seri Paduka Baginda menyeru rakyat sentiasa bewaspada dan tidak alpa dalam menjalankan aktiviti-aktiviti harian dengan norma baru.

“Hal ini bagi memastikan penularan wabak COVID-19, khususnya varian Omicron dapat dibendung walaupun belum ada kes daripada varian tersebut dilaporkan di Malaysia.

“Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat supaya melengkapkan suntikan dos vaksin COVID-19 dan juga mendapatkan dos penggalak bagi melindungi dan memelihara kesihatan serta keselamatan diri, ahli keluarga tersayang dan masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Seri Paduka Baginda sokongan penuh terhadap tindakan tegas kerajaan , khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Kesihatan Negara (MKN) mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan, kawalan sempadan dan survelan COVID-19 bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara, terutama dari negara yang melaporkan kes COVID-19 varian Omicron.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap langkah-langkah proaktif yang diambil oleh KKM dalam meningkatkan kesiapsiagaan di hospital, klinik kerana dijangkakan bilangan kes harian COVID-19 akan meningkat sekiranya varian Omicron menembusi sempadan dan menular dalam negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat