KDN dedah wujud kartel dalam Jabatan Imigresen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wujud kartel di pelbagai peringkat di kalangan pegawai imigresen sehingga menjejaskan tahap integriti jabatan berkenaan, dedah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberitahu pihaknya menerima maklumat mengenai kewujudan kartel di pelbagai peringkat dalam Jabatan Imigresen yang dikesan melakukan kegiatan melanggar undang-undang itu akan disiasat dengan rapi dan telus.

Hamzah berkata, kehadiran kartel itu membolehkan mereka bebas di pejabat jabatan berkenaan, termasuk di pintu masuk lapangan terbang.

Memetik BH Hamzah berkata, sindiket itu menggunakan pegawai dalaman di beberapa peringkat dan bukan membabitkan kenaikan pangkat tetapi melibatkan penggunaan pegawai tertentu untuk bekerjasama.

“Contohnya di Sabah baru-baru ini, ada iklan di media sosial memaparkan individu yang ingin mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh mendapatkan dari individu tertentu.

“Imigresen tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk mengeluarkan PLKS dan perkara ini sudah menyalahi undang-undang,” katanya dalam sidang media sempena Sambutan Hari Imigresen 2021 di Putrajaya pada Rabu.

Hadir sama kedua-dua Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Datuk Jonathan Yasin; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat