COVID-19: 33 polis positif

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Seramai 33 anggota dan pegawai polis di seluruh Sabah disahkan positif COVID-19.

Selain itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata 232 anggota dikenakan arahan kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga kerana dikhuatiri terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.

Beliau berkata, tugas di barisan hadapan berpotensi besar mendedahkan polis kepada wabak berkenaan tetapi itu tidak melemahkan semangat pasukan untuk terus bertugas menjaga keamanan dan mengawal penularan wabak.

“Anggota yang positif dan dikuarantin membabitkan pelbagai pangkat dan keadaan mereka stabil,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Derma Darah di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Hazani berkata, seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19, bulan lalu.

Katanya, jumlah polis dikuarantin di negeri itu pernah mencapai lebih 900 anggota, manakala pegawai yang dijangkiti pernah mencecah seramai 72 anggota.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat