Pembangkang tak bersatu, bagaimana nak ambil alih kerajaan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Ithnin menegur blok pembangkang di Dewan Rakyat gagal bersatu menyebabkan dua Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dan pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM) diluluskan melalui undian belah bahagi semalam.

Tegas beliau, kegagalan menolak RUU ini juga amatlah mengecewakan ketika rakyat mengharapkan pembangkang menyemak dan imbang sebaiknya.

“Usahkan mengambil alih kerajaan, sewajarnya semua ahli Parlimen pembangkang bekerjasama dahulu, serta mengenepikan sebarang sentimen yang membibit perpecahan.

“Percayalah, rakyat di luar sedang menilai setiap perangai dan kerenah wakil rakyat yang mereka telah hantar ke dalam Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Shazni Munir berkata, berdasarkan dua keputusan undi belah bahagi terhadap dua RUU tersebut, jelas ahli Parlimen pembangkang tidak mempunyai persefahaman dan tidak bersatu.

“Terdapat segelintir ahli Parlimen tidak hadir dalam sesi pengundian yang dijalankan yang menyebabkan RUU ini gagal ditolak.

“ Kredit harus diberikan kepada semua ahli Parlimen Amanah yang hadir dalam kedua-dua sesi pengundian,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, jumlah keseluruhan peruntukan pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bernilai RM11.69 billion. Daripada RM11.69 billion, RM4.47 billion untuk tujuan perbelanjaan pengurusan dan RM7.2 billion bagi perbelanjaan pembangunan.

“Biarpun negara sedang berhadapan pandemik, kerajaan memilih untuk meningkatkan belanja JPM sebanyak RM482, bersamaan 10.7 peratus kenaikan, tanpa ada satu justifikasi tuntas kenaikan tersebut diperlukan oleh JPM.

“Selain itu, peruntukan yang kurang diberikan kepada Sarawak dan beberapa negeri lainnya. Sebaliknya sebanyak RM813 juta pula diperuntukkan untuk kerjasama awam swasta,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat