‘Tak perlu saya buka aib bekas isteri’ – Cliff

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kisah vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar, 40, mengabaikan nafkah anak-anak sejak 10 tahun lalu masih belum berpenghujung.

Tahun lalu, bekas isteri, Ninie Hasbullah mendedahkan dianiaya dan dicurangi ketika sarat hamil dalam laman sosial.

Ninie mendakwa terpaksa bekerja keras menanggung tiga cahaya mata selepas juara program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu menghilangkan diri bersama wanita lain.

Namun, Cliff atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph Abdullah menafikan dirinya beristeri dua, malah mendakwa masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri.

Terbaru, video dimuat naik Ninie dalam aplikasi TikTok sekali lagi tular apabila mendakwa sudah tidak tahan apabila bekas suaminya itu lebih 10 tahun tidak menghulurkan nafkah buat anak-anak yang ditinggalkan.

Ninie mendakwa, Cliff berjanji mahu membantunya dan anak-anak selepas menjuarai GV7, namun menghilangkan diri dan berlakon seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Wanita itu meluahkan kekecewaan selepas dibiarkan menanggung anak-anak seorang diri selama lebih 10 tahun.

Ninie turut mendakwa, Cliff tidak langsung mempedulikan anak-anak ketika sakit.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Cliff buka mulut mempertahankan maruahnya.

“Tak guna saya menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu peribadi ini. Sebelum keluarkan kenyataan mengenainya, saya perlu meletakkan diri dalam situasi pihak sebelah sana.

“Tidakkah kenyataan balas saya hanya akan membuka aibnya? Perlu atau tidak saya berbuat sedemikian?

“Sebagai ibu, mesti mahu kejar sesuatu untuk anak-anaknya. Memang, tidak salah. Saya juga ada silap, itu sahaja,” katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, Cliff minta semua pihak berhenti memperkatakan hal peribadi, sebaliknya lebih fokus terhadap kerjaya seninya.

“Jujurnya, saya sudah sampai tahap bosan apabila cerita peribadi terus diperkatakan.

“Bila saya keluarkan lagu, tiada pula yang mahu bertanya.

“Saya memang tidak mengeluarkan single selepas GV7. Sebabnya, saya tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat label.

“Saya pernah ada dua tahun kontrak, tetapi tiada apa-apa manfaat. Jadi, biarkan saya kumpul karya sendiri,” katanya.

 

Video Ninie dalam aplikasi TikTok sekali lagi tular apabila mendakwa sudah tidak tahan apabila Cliff kerana lebih 10 tahun tidak menghulurkan nafkah buat tiga cahaya mata yang ditinggalkan. - Foto IG Ninie Hasbullah
Video Ninie dalam aplikasi TikTok sekali lagi tular apabila mendakwa sudah tidak tahan apabila Cliff kerana lebih 10 tahun tidak menghulurkan nafkah buat tiga cahaya mata yang ditinggalkan. – Foto IG Ninie Hasbullah

 

Tambahnya, dia tidak pernah mengejar populariti, selama ini.

“Saya bermain muzik dengan minat dan atas sasaran membawa peminat muzik sekeliling keluar dari kepompong.

“Disebabkan itu, orang tidak nampak kewujudan saya dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), sedangkan ada menghantar beberapa lagu.

“Malangnya, mereka pun tidak tahu lagu apa. Antaranya, lagu nyanyian Akim dan Ella. Saya bukanlah penerbit muzik yang hebat, tetapi sentiasa sibuk di studio.

“Saya menjana pendapatan 100 peratus dari bidang muzik. Saya juga tidak buat kerja lain, jadi saya takkan berhenti,” katanya.

Mengulas adakah dipulaukan daripada industri muzik, Clifff berkata, dia tidak kisah mengenai industri muzik Malaysia sebab tidak memberikan apa-apa kepadanya.

“Disebabkan itu, saya bermain muzik di luar negara.

“Orang industri hanya nak tahu mengenai soal peribadi. Disebabkan itu, saya ke lokasi yang orang kisah mengenai seni, bukan peribadi. Di luar itu maksud saya, Jakarta, Indonesia.

“Saya seronok memenuhi penerimaan orang luar. Untuk solo album terbaru, saya akan berpangkalan di Indonesia,” ujarnya.

Ditanya adakah merajuk disebabkan penggiat industri lebih suka menggembar-gemburkan soal peribadi, Cliff berkata, dia

sudah melalui fasa bersemangat nak kerja dalam industri di Malaysia.

“Saya juga sudah melalui fasa dipulaukan. Saya percaya ada cara untuk saya cari makan pada era digital ini.

“Jadi, saya tidak memerlukan orang yang mempertikaikan kerjaya seni disebabkan isu peribadi.

“Saya akan menjayakan Konsert Kolaboraci Three To Rock. Saya mahu cuba dan mana ada peluang, saya akan masuk. Tak senang bermain muzik di Malaysia, kita semua pun tahu.

“Saya naik dan turun, keluar televisyen (TV), tetapi mana hak saya dalam industri muzik selepas lebih 20 tahun. Tiada orang kenal pun. Sebabnya, saya tak kejar populariti,” katanya.

Terdahulu, Cliff mendirikan rumah tangga dengan Ninie dan dikurniakan tiga cahaya mata. Vokalis Projek Pistol itu memeluk Islam sejak 16 tahun lalu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat