Fad Bocey cedera di kepala, beberapa anggota badan akibat kemalangan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Fad Bocey terbabit dalam kemalangan jalan raya membabitkan motosikal jenis skuter yang dinaikinya.

Menerusi hantaran di Instagram isterinya, Syaheera Rahman, Fad dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di, Shah Alam untuk dirawat di Unit Dependensi Tinggi (HDU) semalam.

“Buat masa sekarang, Fad perlu dipantau di HDU sebab ada hentakan di bahagian kepala untuk pastikan semuanya bagus.

“Sebabnya, semasa di tempat kejadian, dia muntah. Tapi, Alhamdulillah, dia kuat. Terima kasih yang mendoakan. Semoga kebaikan kalian dibalas Allah SWT,” tulisnya.

Syaheera juga turut berkongsi foto bahagian kaki Fad yang cedera dan beberapa rakan mereka juga turut berkongsi foto keadaan skuter yang rosak di beberapa bahagian.

Harian Metro cuba menghubungi Fad dan pengurusnya untuk mendapatkan maklumat lanjut, namun, masih belum menerima sebarang maklum balas.

Turut kelihatan memberikan bantuan di tempat kejadian adalah sahabatnya yang juga pelawak, Achey Bocey.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat