Jika Nama Tak Tercalon, Jangan Ubah Haluan- Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembahagian kerusi PAS telah siap diatur namun, diingatkan kepada mereka yang tidak tercalon agar tidak bertukar haluan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berpesan, meskipun tidak terpilih mesti kekal bersama jemaah.

“Kepada yang tidak terpilih, terimalah dengan lapang dada kerana Allah angkat taklif dari kita, meringankan hisab di akhirat.

“Jangan tukar haluan hidup semata-mata rasa kecewa kerana tidak terpilih. Mungkin ada tempat yang sesuai yang sedang disusun oleh Allah,” ujarnya.

Hal ini katanya, kerana hidup bukan hanya hari ini.

“Ambillah dan renungilah sejarah perjuangan parti yang panjang ini.

“Jangan kita hitamkan diari hidup semata-mata menurut nafsu kekecewaan, lalu kita rasa pendapat kita lebih hebat dari pandangan jemaah,” pesan beliau lagi.

Tuan Ibrahim juga menegaskan, jangan rasa hebat bila boleh melawan perjuangan Islam, dan jangan rasa hebat sekali pun kamu berjaya mengalahkan perjuangan Islam.

“Sentiasa berhati-hati dengan tipu daya syaitan, meniup nafsu sombong, kecewa dan rasa hebat,” tegas beliau.

Berkongsi perkembangan terkini, beliau memaklumkan calon PAS sudah disusun dalam senarai dan kini cuma menunggu diumumkan sahaja.

“Kerja sekarang fokus ialah untuk mencapai kemenangan di kerusi kita bertanding. Susun dan bantu capai strategi tepat, gerak kerja perlu tersusun. Jangan banyak nakhoda. Pengarahan biar satu sahaja.

“Masa ni bukan nak cari kelemahan dan kesalahan. Tapi nak tutup kelemahan dan bina reputasi positif dalam kalangan pengundi.

“Bila kita dah buat keputusan, melalui puluhan perbincangan, perundingan, perbahasan maka tawwakallah kepada Allah. Semoga Allah beri kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN),” ujarnya.

Tambah beliau lagi, kepada yang diamanahkan bertanding, teruskan mendekati pengundi.

“Jaga kebajikan petugas. Ada petugas belakang tabir, mereka tidak dikenali dan disanjung, tidak ke hadapan dalam majlis namun terus bekerja mengharapkan kemenangan calon. Raikan mereka dalam majlis dan doa,” pesannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat