Ismail Sabri PM? Jangan Tipu Rakyat – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diingatkan supaya tidak memungkiri janji dan menipu rakyat dengan menamakan diri sendiri sebagai calon Perdana Menteri jika partinya menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menempelak sekiranya benar Zahid merancang untuk menaikkan dirinya sebagai Perdana Menteri ibarat “tempah barang lain, sampai barang lain”.

“Jangan main tarik-tali. Dah berbulan-bulan sebut Datuk Seri Ismail Sabri akan jadi Perdana Menteri kalau BN menang. Siap cakap Ismail ‘poster boy’ BN.

“Ini tiba-tiba akan bagi lagi banyak nama. Bila tanya letak nama sendiri, kata ‘irrelevant’. Kan senang boleh cakap ‘yes’ or ‘no’,” bidas penyandang Parlimen Muar itu dalam kenyataan pada Selasa.

Syed Saddiq malah mempersoalkan slogan yang dilaung BN iaitu kestabilan dan kemakmuran.

“Kalau masih tak pasti, masih stabil dan makmur ke? soal beliau.

Sementara itu, Syed Saddiq juga mengimbas peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku dalam atmosfera parti lawannya itu.

“Dengar juga semalam siapa yang tak sokong Presiden Umno ini, tak dapat bertanding, malah ada yang sampai tutup cawangan pun ada.

“Jangan tiba-tiba tukar Perdana Menteri bila dah menang. Jangan tipu rakyat! Barang order lain, barang sampai lain,” sindir beliau.

Pun begitu, beliau menyatakan pendirian MUDA yang senada dengan Pakatan Harapan (PH) untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Kami kat MUDA dah pun beri komitmen untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri kita,” ujarnya.

Semalam The Vibes melaporkan, Zahid sedang mempersiapkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri dengan bertindak mencantas nama-nama wakil rakyat yang pro Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat