YKAT hulur sumbangan Deevapali RM15,000 kepada 13 artis

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) meneruskan misi menyalurkan sumbangan kepada 15 artis bersempena sambutan Deepavali tahun ini.

Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave berkata, ini adalah tahun kesembilan pihaknya memberi sumbangan kepada artis-artis tanah air yang sudah mencapai umur 60 tahun sempena perayaan yang akan disambut Rabu ini.

“Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, YKAT menganjurkan majlis dengan begitu meriah bagi meraikan mereka yang menerima sumbangan.

“Namun, disebabkan bencana pandemik Covid-19 yang masih ada, kami lapan pemegang amanah memutuskan untuk tetap memberikan sumbangan kepada mereka yang layak dengan cara memasukkan terus wang ke akaun penerima.

“Sumbangan kali ini dimasukkan pada 27 Oktober baru-baru ini kepada mereka yang layak menerima,” katanya.

Antara penerima pelbagai kaum terdiri daripada kalangan pelakon, penyanyi dan pemuzik yang menerima sumbangan ialah Subramaniam S. Karuppen, Joseph Arul, Goh Sin Hwa, Rahim Kidol, Mirza Eleno Abdullah, Salimah Mahmood dan Shah Farid Zain.

DJ Dave berkata, jumlah sumbangan adalah sebanyak RM15,000 dengan seramai 13 artis menerima RM900 setiap seorang beserta pakej khairat berjumlah RM100.

“Manakala, dua lagi artis iaitu Chen Joo Boon dan Goh Sin Hwa menerima sumbangan berjumlah RM1,000 tanpa pakej khairat kerana umur mereka masing-masing adalah 70 tahun.

“Pemberian sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan pihak YKAT kepada rakan-rakan artis yang sudah berjasa kepada industri seni tanahair.

“Selain itu, diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam persiapan menyambut Deepavali,” katanya.

Pengurusan YKAT dianggotai lapan pemegang amanah iaitu DJ Dave, Datuk M Nasir, Datuk Nash, Datuk Yusof Haslam, Datuk Nancie Foo, Datuk Khairudin, Dr Kanagarajan dan Colin Edmonds.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat