Messi Minat Kembali Ke Barcelona

- Advertisement -

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi mahu kembali ke Barcelona selepas menggantungkan butnya dengan memainkan peranan di luar padang di bahagian teknikal kelab itu.

Messi menghabiskan kariernya selama dua dekad di Barcelona dengan memahat namanya sebagai penjaring selain melakukan penampilan terbanyak kelab, sebelum menyertai PSG menjelang musim 2021-22 berikutan gergasi LaLiga itu bergelut dengan kewangan yang meruncing.
Begitu, pemenang enam Ballon d’Or itu menyatakan minatnya untuk kembali ke Barca di mana dia memenangi 35 trofi termasuk 10 gelaran LaLiga dan empat mahkota Liga Juara-Juara (UCL).

“Ya, saya selalu berkata bahawa saya ingin kembali untuk membantu kelab dalam apa cara sekalipun,” katanya yang masih belum menjaringkan sebarang gol dalam Ligue 1 kepada Sport.

“Saya mahu menjadi seorang yang berguna supaya kelab dapat diuruskan dengan baik. Saya ingin menjadi setiausaha teknikal tetapi saya tidak tahu sama ada jawatan itu akan diwujudkan di Barcelona.

“Saya ingin kembali menyumbang dengan kemampuan yang saya ada kerana saya sayangkan Barcelona dan saya mahu mereka terus bermain dengan baik, berkembang dan menjadi antara yang terbaik di dunia.”

Messi hampir meninggalkan Barca pada 2020 apabila acap dikaitkan dengan Manchester City, PSG dan Inter berikutan semakin tidak berpuas hati dengan pengurusan kelab, tetapi klausa pelepasan kontraknya menyebabkan dia kekal.

Barcelona telah mengharungi kempen yang sukar sejak kehilangan ketua pasukan Argentina itu apabila menduduki tempat kesembilan dalam LaLiga hingga membawa kepada pemecatan pengurus, Ronald Koeman.

Kelab Sepanyol itu telah meraih 16 mata daripada 11 perlawanan LaLiga musim ini hasil empat kemenangan dan tiga kekalahan – menyamai permulaan terburuk mereka dalam kempen 2000-2001 dan 2002-03).

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat