Eylia Guntabid juara StarVoices Asia ke-7, pertama dari Malaysia

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Eylia Guntabid, 19, dinobatkan juara StarVoices Asia musim ketujuh (SVA7) selepas menewaskan saingannya Shafira Putri Kusumaningyu dari Indonesia, semalam.

Eylia atau nama sebenarnya Eylia Eyre Guntabid sekali gus menjadi penyanyi pertama dari Malaysia mencipta sejarah menang pertandingan nyanyian dalam talian itu dan membawa pulang wang tunai RM7,300.

Anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu menyifatkan kemenangan terbabit satu keajaiban manis yang tidak pernah dijangka mampu dikecapinya.

“Saya dianugerahkan sokongan tidak terhingga daripada ramai sejak hari pertama hingga SVA7 berakhir. Saya menangis gembira kerana ini satu keajaiban yang pernah berlaku dalam hidup saya.

“Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih terutama buat keluarga tercinta yang membantu secara keseluruhan sepanjang tempoh pertandingan itu. Sentuhan kamu semua memang tidak pernah mengecewakan.

“Terima kasih buat juri-juri yang sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk terus naikkan semangat dan minat kami. Terima kasih kru SVA7 dan tahniah juga buat Shafira Putri,” katanya.

Pada pusingan akhir itu, Eylia dan Shafira mempersembahkan lagu medley untuk penentuan juara. Eylia berjaya mengagumkan juri serta penonton dengan vokal memukau menerusi lagu Run To You (Whitney Houston) dan All By Myself (Celine Dion).

Menurutnya, dia berusaha mencabar kemampuan vokalnya ke tahap lebih tinggi demi memastikan persembahan akhirnya itu mampu meninggalkan impak.

“Lagu All By Myself adalah antara lagu paling mencabar pernah saya bawakan. Saya seorang penyanyi yang risau bahagian nota tinggi, tapi terus berusaha atasi ketakutan itu dan keluar dari zon selesa,” katanya.

StarVoices Asia diadili juri profesional daripada kalangan artis ternama Indonesia serta undian menerusi media sosial. Ia dianjurkan sejak 2011 dan disiarkan menerusi Instagram rasmi StarVoices Asia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat